spot_img
spot_img

Anwar Dibenarkan Melawat Isteri Yang Sedang Sakit

spot_img

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah  diberi kebenaran melawat isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dimasukkan ke Kampung Baru Medical Centre (KBMC) semalam.

Anwar diberi kebenaran berada di hospital bersama Wan Azizah dan ahli keluarga yang lain kira-kira dua jam dengan dikawal ketat oleh pihak keselamatan.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR dimasukkan ke hospital selepas beberapa hari tidak sihat.

- Advertisement -

 

Sementara itu, Setiausaha Politik beliau, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan berkata,  keadaan Wan Azizah setakat ini tidak membimbangkan.

- Advertisement -

“Namun atas nasihat doktor pihak kami terpaksa menghadkan pelawat kepada keluarga terdekat sehingga pihak doktor mengizinkan.

“Ini adalah untuk memberikan beliau ruang yang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang.

“Sama-sama kita mendoakan agar Dr Wan Azizah akan cepat sembuh dan kembali bertugas,” katanya.

 

Sumber: Malaysia Dateline

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img