TERKINI
BERITA Dalam Negara

‘Semua Parti Dalam Pakatan Harapan Sama Rata’

March 27, 2017 8:34 pm – Arman Danial

Tiada abang sulung atau adik bongsu dalam Pakatan Harapan, demikian tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Sebaliknya kata beliau, semua parti di dalam Pakatan Harapan mempunyai kedudukan sama rata dan tiada parti yang akan mendominasi parti lain.

“Dalam Pakatan Harapan tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar dalam Pakatan.

“Kami bukan BN 2.0. Dalam BN semua tahu parti paling dominan adalah Umno, kita tak berniat meniru pendekatan BN,”katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

Jawapan Loke itu adalah reaksi kepada kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini agar parti Melayu mengetuai Pakatan Harapan.

Menurut Loke lagi, pendekatan sama rata diamalkan itu merupakan ‘rahsia’ Pakatan Rakyat mendapat sokongan pengundi sebelum ini dan akan diteruskan dalam Pakatan Harapan.

comments

Amanah Anthony Loke DAP Malaysian Issues & Politics Pakatan Harapan Parti Pribumi BERSATU Malaysia PilihanRaya PKR Politics Politik PPBM PRU14 Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
jendela
bestride

Bancian

Adakah anda mahukan kabinet menteri Malaysia dirombak kerana prestasi mereka tidak memuaskan rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

covid
doc24
ebitmart