Berita baik buat peminat Nora Danish yang tidak henti henti mendoakan agar dia dan juga Nedim Nazri cepat kahwin kerana pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahan pada 30 Mac ini.
“Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja,” katanya kepada Utusan Online. Majlis itu juga akan berlangsung di ibu negara dengan tema tradisional.
Terjawab sudah akhirnya spekulasi tentang tarikh pernikahan mereka. Semoga ikatan yang bakal terjalin di antara Nora dan juga Nedim nanti kekal selain dipermudahkan urusan mereka menjelang hari bahagia.
Apa yang pasti selepas ini pasti peminat akan menantikan destinasi mereka berbulan madu selain menunggu kehadiran cahaya mata pasangan ini.
Kredit Rotikaya.