spot_img
spot_img

Mangsa-mangsa Culik Abu Sayyaf Ini Dedah Detik Ngeri Diugut Pancung, Tembak Setiap Hari

spot_img

Diugut pancung dan tembak setiap hari, itulah ‘mimpi ngeri’ terpaksa dihadapi dua rakyat negara ini yang menjadi mangsa culik pengganas Abu Sayyaf.

Menceritakan kembali detik tersebut, salah seorang mangsa iaitu Tayuddin Anjut, 46, berkata, kehidupan dia dan tawanan lain sepanjang lapan bulan diculik amatlah memeritkan.

“Kami bukan saja diperlakukan seperti hamba abdi, tetapi diugut pancung dan tembak setiap hari.

- Advertisement -

“Nyawa kami bagai di hujung tanduk, tiada apa yang dapat dilakukan hanya berdoa supaya tidak diapa-apakan.” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

 

- Advertisement -

Mereka juga dipaksa melakukan banyak kerja tetapi hanya diberi makan sisa makanan kumpulan pengganas dan lebih teruk ada kalanya diberi minum air masin.

“Ada masa kami dipakaikan topeng muka dan tidak nampak apa yang berlaku di sekeliling.

“Kekurangan makanan dan air menyebabkan kesihatan saya merosot, malah mata juga kabur,” luah Tayuddin.

Tidak seperti rakannya, seorang lagi mangsa iaitu Abdul Rahim Sumas, 63, masih trauma sehingga badannya menggeletar menahan perasaan.
“Kaki saya sakit. Kadang-kadang kami makan, kadang-kadang tidak. Saya tak nampak kerana mata ditutup,” katanya.

Mereka berdua antara mangsa culik Abu Sayyaf yang berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas diselamatkan pasukan keselamatan Filipina.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img