spot_img
spot_img

Kes Kim Jong Nam : ‘Sabar Sikit Saja Lagi’

Teka teki mengenai pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Ditanya media perkembangan kes itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta agar ‘bersabar sedikit saja lagi’.

Beliau berkata, pengumuman dan pengesahan yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak akan dimaklumkan apabila tiba masanya.

- Advertisement -

“Minta bersabar sikit saja lagi. Ia akan diberitahu apabila masanya tiba.

“Tidak ada yang akan disembunyikan dan tiada apa yang tidak akan diberitahu,” katanya seperti dilaporkan MStar.

 

- Advertisement -

 Namun, Reezal enggan mengulas lanjut bila atau siapa yang akan mengumumkan tentang pengakhiran kes itu yang sudah berlarutan selama lebih dari satu bulan.

 

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img