spot_img
spot_img

Giliran Tunggu Haji Dikurangkan 13 Tahun

spot_img

Berita baik buat pendeposit Tabung Haji yang masih menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji.

Kerajaan telah pun mengumumkan tempoh menunggu menunaikan ibadah ini berjaya dikurangkan daripada 102 tahun kepada 89 tahun susulan pertambahan kuota jemaah sebanyak 30,200 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengurangan tempoh sebanyak 13 tahun itu akan memberi kemudahan kepada 2.5 juta pendeposit Tabung Haji.

- Advertisement -

“Dulu 2.5 juta pendeposit ini kena tunggu 102 tahun untuk pergi haji. Tetapi dengan penambahan kuota oleh (Raja Arab Saudi) Raja Salman (Abdul Aziz Al Saud) semasa kehadirannya ke Malaysia baru-baru ini, ia telah memendekkan tempoh menunggu kepada 89 tahun.

“Kita masih lagi bersyukur dengan pengurangan tempoh 13 tahun ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini telah ditambah kepada 30,200 daripada 27,900 orang.

- Advertisement -

Penambahan itu adalah hasil perbincangan antara Raja Salman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img