Hanya orang yang dah ada rumah sendiri je faham apa rasanya bila bil elektrik melambung tinggi setiap bulan.
Mana tak melambung, dah kan diri tu sendiri yang tak tahu berdisiplin… Contohnya,
“Tidur di depan tv dan membiarkan ‘tv tu yang tengok kita.”
Oleh itu, untuk meleraikan bebanan anda, Wanista nak kongsi tips bagaimana anda boleh menjimatkan elektrik secara efisyen!
#1 Tetapkan mesin basuh pada mod “cold wash” ketika membasuh pakaian. jika tidak mesin basuh tersebut akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air.
#2 Pastikan susunan barang di dalam peri air teratur dan tersusun dengan rapi. Ini akan melancarkan pergerakan udara di dalampeti ais seterusnya menjimatkan elektrik. Ingat! Jangan main sumbat je barang dalam peti sejuk anda tu.
#3 Manfaatkan lampu lampu panjang jenis pendaflour atau fluorescent T5 untuk menjimatkan tenaga elektrik!
#4 Guna cerek elektrik? Nah, pastikan cerek itu diisi penuh dengan air (sehingga ke taahp yang disyorkan) setiap kali memanaskannya.
#5 Sila gunakan mentol lampu yang boleh menjimatkan elektrik. Ia boleh didapati di mana-mana kedai peralatan elektrik serta gedung-gedung terkemuka. Jimat pun jimat dan paling enting mentol jenis ni tahan lama tau?
#6 Rajinkan diri untuk mencuci habuk dan kotoran yang tersekat pada penapis penghawa dingin anda. Ini akan menggalakkan mengaliran udara yang lebih efisyen! Lebih bersih, lebih kurang elektrik yang digunakan!
#7 Lakukan pilihan bijak dengan membeli barangan atau perkakas elektrik yang dilabel dengan stiker “lima bintang”!
#8 Penempatan peti sejuk turut mempengaruhi fungsinya sama ada ia memerlukan elektrik yang banyak atau pun tidak untuk beroperasi. Oleh itu, jarakan sedikit air anda daripada dinding sekurang-kurangnya 10cm.
Ini bertujuan untuk melancarkan pengaliran udara peti ais dan dalam masa yang sama, elak peti ais daripada terdedah dengan cahaya matahari kerana ia akan memerlukan lebih banyak tenaga bagi menyejukkan petitersebut.
#9 Matikan suis komputer/komputer riba/pengecaj telefon bimbit jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia terus menerus menyalurkan elektrik meskipun peranti anda itu telah penuh dicas.
#10 Tetapkan suhu pendingin udara kepada 23 – 25 darjah celcius untuk mendapatkan kesejukan optimum. Jika terlalu rendah, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukan ruangan kamar tersebut.
#11 Diingatkan, jika penghawa dingin sedang beroperasi, ruangan atau bilik tersebut hedaklah ditutup rapat agar proses penyejukan dapat dilakukan dengan optimum tanpa perlu menggunakan elektrik berlebihan.
#12 Penuhkan mesin basuh sebaik-baiknya. Basuh pakaian dalam kuantiti yang banyak! Selain jimat elektrik, boleh jimatkan sabun juga!
#13 Gosoklah pakaian dalam kuantiti pukal. Gosok sekali banyak supaya anda tak perlu menghidupakan seterika berkali-kali dalam sehari.
Kredit Wanista.com