spot_img
spot_img

8 perkara menarik tentang Putera Jordan, Putera Al Hussein Abdullah II

spot_img

Jika sebelum ini kami paparkan info menarik mengenai Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, anak raja dari negara Brunei, kali ini kami tampilkan pula Putera Al Hussein Abdullah II dari negara Jordan.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Berpengaruh, kacak, aktif bersukan dan pintar, barangkali itu elemen yang menjadikan seorang jejaka itu sempurna di mata wanita.

- Advertisement -

Apapun, kami kongsikan beberapa info menarik mengenai Putera Hussein yang semakin popular di media sosial itu.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

1) Putera sulung Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania

- Advertisement -

Putera Hussein lahir pada 28 Jun 1994 dan kini berusia 22 tahun. Beliau mempunyai tiga orang adik, Puteri Iman Abdullah, 20, Puteri Salma Abdullah, 16, dan Putera Hashem Abdullah, 12.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

2) Leftenan sulung dalam angkatan tentera Jordan

Mungkin beliau belum cukup umur untuk menyewa kenderaan di negara sendiri, namun beliau sudah melalui latihan penerbangan helikopter.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Pada tahun 2014, beliau telah mendapat latian daripada juruterbang Royal Jordan Air Force sendiri.

Hussein juga menyandang pangkat tertinggi dalam Angkatan Senjata Jordan dan pernah menyertai latihan ketenteraan di Unit Latihan Khas Raja Abdullah II.

3) Graduan antarabangsa

Putera Hussein merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sejarah Antarabangsa dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Sebelum melanjutkan pelajaran, beliau terlebih dahulu mendapat pendidikan di Akademi Perlindungan Sivil Putera Al Hussein Abdullah II, sebuah akademi yang menerapkan latihan disiplin yang unik dalam pendekatan sains untuk melindungi nyawa dan harta benda.

4) Berperanan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pada tahun 2015, Hussein merupakan individu paling muda menduduki kerusi dalam mesyuarat Badan Eksekutif Keselamatan.

Beliau telah mempengerusikan mesyuarat badan berkenaan untuk memperdebatkan isu tentang kepentingan golongan muda dalam mempertahankan keamanan sejagat dan membanteras ekstremis.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon sendiri memuji kredibiliti Hussein. Katanya: “Ketika beliau belum mencapai usia 21 tahun lagi beliau sebenarnya sudah mampu memimpin negara abad 21.”

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

5) Seorang lasak

Terjunan dari pesawat mungkin terlalu biasa bagi Hussein. Pada tahun 2014, beliau pernah menyertai sepasukan askar payung terjun dalam Static Line Parachute Course.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Semestinya beliau menggemari aktiviti tersebut memandangkan pada tahun 2015 beliau kembali melakukan aktiviti terjunan bersama pasukan The Red Bull Air Force sempena Sambutan Hari Kemerdekaan negara tersebut.

Waktu lapangnya pula dihabiskan dengan bermain sukan bola sepak.

Seperti bapanya, Raja Abdullah, Hussein menggemari sukan permotoran. Malah, beliau juga gemar melakukan ekskavasi denai di Wadi Mujib.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

 

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

6) Mahir memasak dan bermain gitar

Bonus yang tidak dimiliki semua jejaka di dunia ini, Putera Hussein handal memasak!

Sering menunjukkan bakat memasak di dapur kediaman beliau, Hussein pernah kongsikan sekeping gambar beliau sedang beraksi.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Muzik barangkali eskapisme beliau. Pernah beberapa kali Putera Hussein memuat naik foto bermain alat muzik antaranya gitar sewaktu lapang dengan kapsyen; “diversi muzik untuk menyegarkan minda selepas seharian yang penat.”

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

7) Berjiwa rakyat

Beliau juga sering terbabit dalam aktiviti kebajikan terutama program sukarelawan remaja di negaranya,Haqiq.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Hussein penyokong tegar Qusai, iaitu sistem latihan pakar terapi sukan dalam pertolongan cemas serta Allgau-Orient Rally, usahasama negara Jerman yang melibatkan penyertaan pelumba dari Jordan.

Yayasan Putera Hussein juga ditubuhkan untuk membanteras penggunaan dadah dan tembakau dalam kalangan generasi muda.

Putera Al Hussein Abdullah II

Putera Al Hussein Abdullah II

8) Jumlah pengikut Instagram hampir sejuta

Pengaruh yang kuat dalam media sosial misalnya Instagram menambah nilai Putera Hussein untuk lebih dikenali di serata dunia.

Kini jumlah pengikutnya di laman sosial Instagram mencecah angka 986 ribu pengikut. Wow!

Kredit Astro Awani.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img