spot_img
spot_img

5 Fakta Tentang Pramugara Persis Britney Spears

spot_img
Assraf Nasir menjelaskan bahawa video ‘Toxic’ itu adalah untuk tontonan rakan-rakan rapat sahaja sebelum ia dikongsi oleh Tan Sri Tony Fernandes. -Gambar: Instagram/Assraf Nasir
Kru kabin kepada syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh AirAsia X akui video itu asalnya adalah untuk tontonan rakan-rakan sebelum ia dikongsi sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di media sosial.Setelah ia menjadi tular dan dikongsi oleh laman antarabangsa seperti Mashable dan The Huffington Post, adakah Assraf akan menghasilkan video lain?

Berikut adalah 5 perkara anda perlu tahu tentang Assraf dan video ‘Toxic’ yang dihasilkan beliau.

1. Mempunyai latar belakang dalam seni tarian

Assraf berkata beliau merupakan seorang penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dari tahun 2007 hingga 2009.

- Advertisement -

“Saya kemudian menari secara profesional seperti untuk Puteri Gunung Ledang The Musical Season 3, dan pernah menjadi penari untuk sebuah konsert Datuk Siti Nurhaliza,” katanya.

Beliau mula bertugas bersama AirAsia X pada Julai 2016 kerana turut berminat untuk menjadi seorang kru kabin.

“Antara maafaat adalah diberi peluang untuk melihat satu dunia,” katanya.

- Advertisement -

2. Video dirakam dalam masa 15 minit sahaja

Percaya atau tidak, video ’Toxic’ itu dirakam dalam masa 15 minit ketika pesawat itu dalam transit di Taipei dan selepas melalui proses pembersihan pesawat.

“Saya sudah tahu babak apa yang ingin dirakam dan saya suruh rakan setugas saya rakam video itu.

“Ia dibuat untuk berseronok sahaja. Kami gelak-gelak ketika merakam video itu,” katanya.

2. Gementar apabila Tony Fernandes tahu tentang video itu

Assraf berkata video yang dirakam di dalam pesawat itu dihasilkan secara suka-suka dan tidak pernah dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Katanya, ia juga untuk tontonan rakan-rakan terdekat sahaja jadi beliau gementar apabila mendapat tahu bahawa Tony tahu tentang video itu.

“Tan Sri Tony Fernandes tahu video itu dari seorang eksekutif kru kabin apabila saya kongsi video itu dengan rakan setugas.

“Pada awalnya saya memang risau kerana takut akan didenda kerana kelihatan seperti sedang bermain. Namun eksekutif kru kabin itu berkata Tan Sri Tony suka benda-benda seperti ini.

“Selepas itu baru saya dapat tahu bahawa beliau kongi video itu di laman Instagram beliau,” katanya.

Kredit : Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img