spot_imgspot_img

Sultan Johor Dedah Nama Ejen Esok

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan mendedahkan nama ejen yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat esok.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan datang mengadap saya esok dan kami akan melihat dari pertemuan itu.

“Ya (akan dedahkan nama individu itu)…satu nama. Saya rasa terhina dengan perkara itu (cubaan merasuah oleh orang tengah),” titah baginda seperti dilaporkan Berita Harian.

Mengenai identiti ‘orang tengah’ itu, Sultan Ibrahim enggan mendedahkannya kepada pemberita tetapi berkata: “Nama (gelaran)nya makin panjang, makin panjang”.

Baginda dalam pada itu menafikan desas-desus individu itu adalah pihak berkepentingan dalam kerajaan.

“Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini…tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur,” titahnya.

Sultan Ibrahim sebelum ini dalam satu wawancara mendedahkan ada ejen yang datang berjumpa baginda dan menawarkan RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.

 

Sumber: Berita Harian

comments

Terkini

spot_img
spot_img