Penyu bernama Omsim atau pun dikenali sebagai Piggy Bank yang telah menjalani pembedahan awal bulan ini telah pergi menghembuskan nafasnya pada jam 10.10 pagi tadi di pusat kesihatan dan kajian Chulalongkorn, Bangkok. – Reuters.
Omsin sebelum ini menjalani pembedahan selama tujuh jam untuk membuang syiling seberat 5 kilogram di dalam perutnya.
Syiling yang terkumpul itu dipercayai menyebabkan cengkerang belakangnya retak. Penyu malang tersebut dipercayai memakan syiling yang dibuang ke dalam kolam awam di wilayah Chonburi tempat dia menetap.
Syiling-syiling itu dibuang ke dalam kolam berkenaan untuk meminta tuah (good luck), satu amalan biasa masyarakat di negara itu.
Omsim dikatakan telah sembuh dari pembedahan sebelum ini tetapi keadaannya tiba – tiba bertukar teruk akibat jangkita darah yang dipercayai berpunca daripada syiling – syiling yang ditelannya.
Tonton video :Â http://www.astroawani.com/berita-dunia/selepas-telan-hampir-1-000-syiling-akhirnya-omsin-si-penyu-piggy-bank-pergi-jua-136251