spot_img
spot_img

Pelakon Dan Krew Drama Korea Goblin Akan Bercuti Di Thailand

Pelakon drama Goblin akan meraikan kejayaan filem mereka dengan bercuti ke Thailand. Gong Yoo, Kim Go-eun, Lee Dong Wook, Yoo In Na dan seluruh kru, merancang bercuti ke Phuket.

Phuket merupakan sebuah pulau di Thailand yang menyimpan sejuta tarikan pantai-pantai cantik. Tidak hanya itu, Phuket juga menghadirkan kemudahan hiburan seperti kelab waria yang terkenal di sana. Malah jika bernasib baik. Anda boleh melihat para waria tersebut menari dan menyanyi.

Tak hairan jika seluruh produksi Goblin memilih Phuket untuk meraikan kejayaan dramanya. Juga, kawasan pelancongan itu punya eko sistem bawah laut yang masih terjaga.

- Advertisement -

Dipetik dari Soompi, para pelakon Goblin akan berangkat ke Thailand pada 6 Febuari, dan semua orang sedang menentukan jadual percutian bersama ketika ini.

Perwakilan dari Gong Yoo menyatakan dia akan turut serta dalam perjalanan ini. Sementara Lee Dong Wook sedang mengatur jadual agar boleh ikut serta ke Thailand.

- Advertisement -

comments

Terkini

spot_img
spot_img