spot_img
spot_img

Kerusi Najib Di Pekan Sedang ‘Diintai’

spot_img

Nampaknya kerusi Parlimen Pekan yang kini dipegang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi sudah ‘diintai’ pihak lawan.

Setakat ini sudah ada dua nama yang dikatakan mahu bertanding di situ dalam PRU14 nanti.

Salah seorangnya ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin yang sudah mengesahkan hasratnya itu, seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today.

- Advertisement -

Malah, Anina juga melalui laman Facebooknya semalam memuatnaik poster memaparkan tulisan ‘Anina Saadudin VS Najib Razak PRU14 Pekan Pahang??’.

 

- Advertisement -

Manakala, seorang lagi tokoh yang dikatakan mahu menentang Najib ialah bekas Senator, Datuk Ezam Mohd Nor yang kini menubuhkan parti anti rasuah bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kharuddin juga seperti dilaporkan Free Malaysia Today berkata, beliau tahu mengenai hasrat Anina tetapi percaya Ezam mempunyai peluang lebih baik.

Bagaimanapun, katanya, semua keputusan terpulang kepada Pakatan Harapan untuk memilih calon yang sesuai.

 

Apa pun, tugas menentang Najib di Pekan sudah tentu bukan tugas yang mudah kerana beliau telah memenangi kerusi itu sejak 1976.

Dalam PRU13 lalu, beliau menang dengan majoriti 35, 613 undi mengalahkan Mohd Fariz Musa dari PKR.

 

Sumber: Free Malaysia Today

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img