Mandi dua kali sehari, panduan ini selalu digunakan secara umum bagi menjaga kebersihan diri. Adakah anda termasuk orang yang mandi lebih daripada dua kali sehari? Satu kajian mendedahkan mandi terlalu kerap boleh mengancam kesihatan anda.
Penyelidikan dari Genetic Science Centre at the University of Utah, menyebut bahawa membersihkan diri terlalu bersih boleh merosakkan mikrobioma manusia. Bukannya mengusir kuman, tetapi tubuh menjadi tempat berkumpulnya bakteria, virus, dan mikrob lain.
Terlalu berlebihan menjaga kebersihan boleh mengganggu ekosistem mikrob dan boleh menyebabkan penyakit. Akibatnya, terpengaruh pada sistem kekebalan tubuh, pencernaan, sehingga masalah gangguan jantung.
Satu kajian juga mendedahkan, warga Yanomami di Amazon mempunyai tahap mikrob yang tinggi pada kulit mereka. Mereka mempunyai banyak bakteria ini membawa rintangan antibiotik, walaupun tubuh belum pernah mempunyai hubungan dengan antibiotik.
Para penyelidik berkata, menggosok dan mencuci rambut juga mempengaruhi kepelbagaian mikrob pada tubuh. Namun, tidak menyebut seberapa kerap orang perlu membersihkan tubuhnya.
James Hamblin, editor kanan dari The Atlantic mencatat pengalamannya semasa mengelakkan diri dari kebersihan. Hamblin mengakui, awalnya dia begitu berminyak dan tubuhnya berbau tidak sedap. Perlahan-lahan, tubuhnya menyesuaikan diri.
“Beberapa saat ekosistem mencapai keadaan yang stabil dan badan tidak beraroma busuk. Tubuh tak akan mengeluarkan bau seperti air mawar atau minyak wangi semburan. Anda akan berbau seperti manusia,” tegasnya. Demikian dimuat dari Independent.
Kredit : Alif Channel.