spot_img
spot_img

Stadium Baharu Hadiah Untuk Polis

spot_img

Sempena sambutan Hari Polis ke-210 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua projek baharu bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Projek-projek tersebut ialah stadium baharu di Pulapol berkapasiti 35,000 penonton dan pusat baharu bagi Unit Tindakan Khas (UTK) yang lebih canggih di Semenyih.

Najib turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis yang dilancarkan hari ini.

- Advertisement -

 

Dalam pada itu, dalam ucapan perasmiannya, Najib berkata, PDRM harus bergerak seiring dengan perubahan masa bagi mendepani cabaran-cabaran keselamatan masa kini.

- Advertisement -

“Oleh itu saya memuji inisiatif PDRM bagi memperkenalkan Volunteer Smartphone Patrol agar bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan rakyat, tetapi juga membanteras jenayah pada masa sama,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Tahun ini tema sambutan Hari Polis ialah ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

 

Sumber: Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img