spot_img
spot_img

Selepas Kemenangan ‘Epik’ Dalam PRU13, Lim Kit Siang Mahu Pertahan Gelang Patah

spot_img
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU13 lalu.
Bagaimanapun, Kit Siang berkata, semuanya itu jika beliau memilih untuk kekal bertanding dalam PRU14.
Buat masa ini, katanya, beliau masih lagi belum membuat keputusan.
“Jika saya bertanding pada PRU14, pilihan pertama saya ialah Gelang Patah tetapi jika ada sebab strategik yang saya perlu bertanding di kawasan lain, saya bersedia untuk memberikan perhatian yang serius,” katanya seperti dilaporkan Antara Pos.
Ketua Parlimen DAP itu mencipta kejutan dalam PRU13 apabila berjaya menewaskan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman.
Pertembungan mereka berdua dianggap ‘epik’ dalam PRU13 lalu apabila DAP bertanding melawan Umno, di negeri kubu kuat parti Melayu itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img