spot_imgspot_img

Selepas Debat Ditangguh, Tun M Dan Nazri Makan Laksa di Kuala Kangsar

Walaupun sesi debat yang dirancang hari ini tidak menjadi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tetap ‘bertentang mata’ apabila kedua-duanya bertemu di Kuala Kangsar.

Melalui gambar yang dikongsikan oleh Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kedua-duanya dilihat menikmati laksa bersama-sama.

Menurut keterangan gambar di laman Facebook itu, Mohamed Nazri dikatakan hadir ketika Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali menikmati laksa di Lembah Kuala Kangsar.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan, Mohamed Nazri sebelum itu telah menunggu kedatangan Tun Mahathir di hadapan MRSM Kuala Kangsar.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tiba pada lebih kurang jam 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong.

Manakala, kehadiran Tun Mahathir di Kuala Kangsar adalah sebahagian daripada siri jelajahnya dan Pengerusi Bersatu itu dijadualkan berucap di Padang Rengas, malam ini.

Kedua-dua tokoh ini sudah menyatakan kesediaan menyertai dialog di Shah Alam pada 7 April ini, selepas program yang sepatutnya berlangsung hari ini dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan polis.

comments

Terkini

spot_img
spot_img