Mac 24, 2017 19:27 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran UMNO Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi tadi.
“Innalillah. Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi.
“Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi laman Twitternya malam ini.
Innalillah.Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi. Takziah kpd keluarga. Al-Fatihah.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 24, 2017