spot_img
spot_img

Kerajaan Perlu Sesuaikan Dengan Persekitaran Yang Pesat Berubah – Najib

spot_img

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Kerajaan perlu menyesuaikan dengan persekitaran yang berubah pesat untuk mencapai aspirasinya untuk rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita semua mahu untuk mendapatkan hasil. Kita mahu mencapai cita-cita kita, tetapi kita perlu mencari kaedah baharu untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita perlu mencari cara baharu untuk transformasi. Kita perlu mencari cara paling inovatif untuk melakukan sesuatu perkara,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam sempena Forum Transformasi Global malam ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Najib menarik perhatian bahawa semua pihak termasuk kerajaan, organisasi perniagaan dan individu akan mendapat manfaat daripada pandangan, pemikiran dan pengalaman yang dikongsi oleh peserta industri.

Turut hadir jaguh pecut Sukan Olimpik Usain Bolt, usahawan perniagaan Sir Richard Branson, ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala serta pemain-pemain ekonomi global dan tempatan.

Awal hari ini, Najib merasmikan Forum Transformasi Global 2017 yang dianjurkan oleh PEMANDU dengan jayanya.

— BERNAMA



Source: BERNAMA – Kerajaan Perlu Sesuaikan Dengan Persekitaran Yang Pesat Berubah – Najib

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img