Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Belasungkawa – Komposer Johan Nawawi meninggal dunia Nora sampaikan khabar pilu subuh Jumaat 

spot_img

Mac 24, 2017 09:49 MYT

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Wan Norafizah binti Ariffin, atau Nora, meninggal dunia pada awal pagi Jumaat, selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

 

Allahyarham Johan Nawawi, 52, dikatakan dibawa ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan. -Gambar: Facebook

 

Memetik laporan mStar, berita itu disahkan oleh Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Allahyarham yang berusia 52 tahun dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.

- Advertisement -

Difahamkan, Allahyarham mula demam sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, namun cuba menggagahinya dengan mengambil ubat. Beliau kemudiannya dimasukkan ke pusat perubatan tersebut untuk menerima rawatan kecemasan.

 

Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi.

Nora turut berkongsi perkara itu melalui akaun Instagramnya.

 

Jenazah akn dimandikan di Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya. Terima kasih.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

- Advertisement -

Berikut adalah 5 fakta tentang komposer terkenal itu. 

  1. Walaupun mempunyai diploma dalam jurusan seni bina, Johan Nawawi menceburi bidang muzik sebagai seorang komposer sejak 1980-an.
  2. Pernah tercalon untuk pelbagai anugerah muzik berprestij. Antara kemenangan beliau sebagai komposer termasuk  Anugerah Juara Lagu ke-22 bagi kategori Etnik Kreatif untuk lagu “Samudera” dan memenangi kategori Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk lagu “Jentayu” pada 1996.
  3. Allahyarham banyak mencipta lagu untuk Nora. Antara lagu popular beliau untuk isterinya adalah “Hanya Satu”, “Desa Tercinta”, “Naluri” dan “Samudera”.
  4. Allahyarham dikurniakan empat cahaya mata: Mohd Syakir Iman, Mohd Syakir Alif, Putri Nor Dahlia dan Putri Nor Fathehah. Dua dari mereka turut terlibat dalam industri seni menerusi kumpulan Voices of Ummi.
  5. Pada 2012, Allahyarham dan Nora melancarkan ‘Ummi… Ceritalah Pada Kami’ iaitu siri animasi berunsur Islam dan melancarkan aplikasi UMMI Apps pada 2016. Ia terbitan syarikat mereka Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd.

 


Impian sambut ulang tahun perkahwinan, tinggal kenangan – Nora

Penyanyi Nora Ariffin akui redha dengan pemergian suami tercinta, komposer Johan Nawawi awal pagi tadi (Jumaat).

 

❤️

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Nora berkata, dia tidak ralat suami pergi meninggalkannya kerana sempat bersalam, meminta maaf dan mencium tangan Allahyarham buat kali terakhir.
 
“Malam tadi, sebelum pulang ke rumah kami sempat berbual seperti biasa dan saya minta izin daripada arwah untuk pulang kerana pihak hospital tidak membenarkan saya untuk menemani suami.
 
“Dia benarkan saya pulang dan hati tidak sedap sepanjang malam sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada hospital,” katanya sebak.
 
Tambah Nora, dia dan arwah suami telah merancang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada 9 April ini.
 
“Macam-macam yang kami rancang, dia kata nak pakai tuksedo dan saya akan memakai baju pengantin untuk mengenang kembali memori ketika majlis perkahwinan kami dahulu.
 
“Majlis itu diadakan serentak dengan showcase saya sepatutnya.
 

“Tetapi itulah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya reda dia pergi di hari yang baik, pada waktu yang baik.
 
“Saya akan selalu merindui dia. Mati hidup balik pun saya tak akan jumpa lelaki seperti Johan,” katanya gagal menahan sebak.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia akan terus kuat untuk anak-anaknya dan meneruskan perniagaan yang dijalankan suami.

 
“Saya akan meneruskan perniagaan kami, lebih-lebih lagi ‘Ummi’ kerana dia mahu lihat produk tersebut berjaya,” katanya.

 
Johan dibawa ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby pada pukul 10 malam tadi sebelum dimasukkan ke wad kecemasan pada 11.30 malam.
 
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi tadi dan jenazah di bawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya.
 
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.

 


 

Johan Nawawi selamat dikebumi

KUALA LUMPUR: Allahyarham komposer terkenal Johan Nawawi, 52 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Petaling Jaya pada 3.15 petang selepas solat Jumaat.

Jenazah Sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Allahyarham yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby kira kira jam 6.30 pagi akibat komplikasi jantung. 

Nora ketika ditemui Astro AWANI hari ini menceritakan detik sebelum pemergian insan tersayang.

“Semalam suhu badan dia panas dan terus pergi klinik. Masa di klinik, doktor nasihat untuk ke hospital tapi dia hendak balik rumah,” katanya.

 

 

Jelas Nora, ketika berada di rumah, beliau masih cuba memujuk Johan untuk ke hospital.

“Akhirnya dia setuju ke hospital, dan setiba di sana doktor membuat pemeriksaan.

“Doktor sahkan jantungnya tiada masalah ketika itu, cuma darah putih yang tinggi dan doktor masukkan air,” katanya.

Tambahnya, Johan kemudian dimasukkan ke wad bersama pesakit lain.

“Disebabkan saya tidak boleh menunggu, saya balik pada pukul 2 pagi. Saya bersyukur kerana sempat bersalam dan cium dia sebelum balik dan saya rasa kurang ralat,” katanya.

Kata Nora lagi, selepas meninggalkan hospital hampir tiga jam, dia dihubungi pihak hospital.

“Masa di rumah saya tidak tidur sebab saya tunggu untuk mengecas telefon bimbit.

“Hospital hubungi saya pada pukul 5.30 pagi dan maklumkan Johan sedang tenat,” katanya yang tidak sempat berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Selain sanak saudara, turut hadir memberi penghormatan terakhir di pusara pada Jumaat termasuk rakan rapat Allahyarham Datuk M Nasir dan Datuk DJ Dave.

Menurut M Nasir, Johan adalah antara individu yang disegani sepanjang kariernya.

“Dia seorang yang baik, peramah, rajin dan kreatif. Dia kawan baik bagi saya walaupun dia bekerja di sebalik tabir, tapi sangat terasa kerana dia orang yang aktif dan dia bukan jenis suka duduk diam,” katanya.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya Nora seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri, dan Samudera.

Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.

Sepanjang karier sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti ‘Erti Al-Fatihah’ nyanyian anak perempuannya.

Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi “Ummi – Ceritalah Pada Kami!”

 

Source: Komposer Johan Nawawi meninggal dunia Nora sampaikan khabar pilu subuh Jumaat | Astro Awani

Source: Impian sambut ulang tahun perkahwinan tinggal kenangan – Nora | Astro Awani

Source: Johan Nawawi selamat dikebumi | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img