spot_img
spot_img

Aplikasi penstriman video Tribe catat 1 juta muat turun 

spot_img

Mac 24, 2017 21:48 MYT

KUALA LUMPUR: Tribe, perkhidmatan penstriman video milik Astro Malaysia meraikan ulang tahun pertamanya dengan pencapaian memberangsangkan satu juta muat turun.

 

Tribe meraikan ulang tahun pertamanya dengan pencapaian memberangsangkan satu juta muat turun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tribe, Iskandar Samad, pencapaian ini merupakan sesuatu yang hebat di dalam persaingan sengit arena over-the-top (OTT) hari ini.

- Advertisement -

“Kami berterima kasih kepada semua pengguna dan rakan kongsi di atas sokongan berterusan ini dan kami berharap akan terus mencapai pertumbuhan positif selepas ini.

“Pengguna kebanyakannya menggemari pengisian menerusi saluran Korea dan sukan. Oh!K, K-PLUS, KBS dan TvN memiliki jumlah tontonan yang kukuh, sementara saluran Fox Sports juga mencatat tontonan tinggi, khususnya pada musim sukan permotoran, perlawanan badminton dan Bundesliga.

 

“Jika terlepas mana-mana siaran, mereka boleh menontonnya melalui VOD library. Inilah keistimewaan kami; siaran langsung dan pengisian yang sentiasa dikemas kini,” kata Iskandar.

Tribe kini membuka peluang kerjasama dengan jenama dan rakan kongsi yang ingin mengiklan bersama mereka.

- Advertisement -

“80% pengguna kami di bawah 35 tahun dan ramai antaranya adalah wanita yang merupakan penonton saluran Korea, justeru ia sangat sesuai untuk membantu pemasaran fesyen dan gaya hidup,” kata Iskandar.

Tribe juga mencari rakan kongsi untuk pengisian yang unik yang menepati cita rasa generasi muda, terutama sekali di Asia Tenggara.

Tahun lalu, Tribe bekerjasama dengan pengarah Indonesia, Joko Anwar dan Angga Sasongko untuk menerbitkan filem pendek, dan mereka kini bekerjasama dengan Globe Studios untuk menyatukan isi kandungan yang direka dengan bakat baharu yang semakin ramai di Filipina.

Tribe merupakan aplikasi penstriman video dengan harga IDR15,000 di Indonesia dan PHP69 di Filipina untuk langganan sebulan.

Pelanggan juga boleh mencuba perkhidmatan ini untuk tempoh percubaan 30 hari yang disediakan di laman web www.tribenow.tv.

 

Source: Aplikasi penstriman video Tribe catat 1 juta muat turun | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img