spot_img
spot_img

6 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Telah ‘Expired’ 

spot_img

Kebiasaannya ramai di antara kita akan mengalami masalah makanan tamat tempoh atau expired, lebih-lebih lagi golongan remaja yang masih bujang kan?

Tahukah anda bahawa tidak semua makanan yang telah luput tarikh itu perlu dibuang dan tidak boleh dimakan.

Di sini kami kongsikan makanan yang telah tamat tempoh, tetapi masih boleh dimakan dan tidak perlu membazir.

1. Keju
Jika terdapat keju yang telah luput tarikh di rumah anda dan dilihat terdapat kulat pada bahagian permukaan keju tersebut, anda hanya perlu buang bahagian yang rosak tu dan bahagian selebihnya masih lagi boleh dimakan.

2. Pasta
Pasta dikatakan boleh bertahan antara satu hingga dua tahun. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya bahan tersebut tidak mengandungi air. Pasta yang sudah dimasak juga boleh bertahan selama tiga minggu sekiranya tidak terkena air.

3. Roti
Mungkin ramai di antara kita yang tahu tentang roti yang telah tamat tempoh, namun sekiranya ia tidak berkulat dan masih kelihatan elok dan tidak berbau masam, ianya selamat untuk dimakan.

4. Yogurt
Yogurt yang telah tamat tempoh tetapi masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk, masih boleh dimakan selepas satu hingga dua minggu dari tarikh luput yang tertera pada yogurt tersebut.

5. Coklat
Pasti ramai penggemar manisan ini pernah mengalami masalah tarikh luput pada coklat kan? Kebiasaannya akan muncul lapisan putih pada permukaan coklat. Lapisan putih yang terdapat pada coklat itu bukan kulat. Ia sebenarnya dipanggil chocolate bloom yang terhasil dari gula ataupun lemak. Ianya selamat untuk dimakan jika anda disimpan di dalam suhu sejuk beku.

6. Bijirin
Kalau anda simpan cereal atau bijirin di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, ianya masih boleh dimakan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput yang dinyatakan.

Sumber : Sajakongsi.com
Olahan : Izzat Ridzwan

Source: 6 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Telah ‘Expired’ | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img