spot_img
spot_img

5 Rahsia Kulit Berseri dan Rambut Menawan Bintang Bollywood 

spot_img

Seperti yang kita tahu, pelakon-pelakon filem hindi sememangnya terkenal dengan kulit dan juga rambut cantik dan membuatkan ramai gadis di luar sana cemburu dengan kecantikan yang mereka miliki.

Namun, tahukan anda bahawa produk yang digunakan oleh mereka bagi mengekalkan kecantikan wajah dan rambut boleh anda dapati dengan mudah.

Jadi, kami kongsikan lima bahan yang boleh anda gunakan untuk dapatkan kulit dan rambut yang sihat seperti mereka.

1. Daun Neem
Daun ini yang juga dikenali sebagai pokok mambu mengandungi pelbagai khasiat dan bagus untuk mengecutkan jerawat dan merawat kulit kering. Daun yang sering digunakan oleh masyarakat india ini juga membantu merawat masalah rambut berkelimumur.

2. Minyak Kelapa
Khasiat minyak rambut ini sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Masyarakat india khususnya sering menggunakan bahan ini untuk mengekalkan kesihatan rambut mereka. Jika anda ingin memiliki rambut sihat seperti mereka, amalkan menyapu minyak ini semalaman dan boleh gunakan susu kelapa sebagai perapi pada keesokan harinya.

3. Minyak Bijan
Untuk memiliki bahagian mata yang cantik, anda boleh cuba untuk mengurut bahagian kaki menggunakan minyak bijan. Tips ini baik untuk mereka yang mengalami masalah susah tidur. Urut dari bahagian kaki hinggalah ke bahagian tumit.

4. Madu
Madu terkenal dengan kepelbagaian khasiat dan ia juga bagus untuk penjagaan kulit muka. Madu juga boleh dicampur dengan bahan lain untuk menjadikan wajah anda lebih bersih dan kelihatan bersinar. Anda juga boleh campurkan madu dengan chandan dan minyak pati mawar dan hasilnya pasti mengejutkan.

5. Kunyit
Ramai yang tak tahu kunyit mempunyai khasiat tersendiri untuk kecantikan kulit anda. Selain boleh merawat tumit pecah, kunyit juga amat berkesan untuk mengurangkan ”stretch mark”

Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Era.fm

Source: 5 Rahsia Kulit Berseri dan Rambut Menawan Bintang Bollywood | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img