spot_img
spot_img

Pantai Tercantik Di Malaysia Yang Tersenarai Dalam 100 Pantai Tercantik Di Dunia

spot_img

Pantai Tercantik Di Malaysia

Pantai Tercantik Di Malaysia Yang Tersenarai Dalam 100 Pantai Tercantik Di Dunia

Pasti ramai di kalangan anda yang sedang merancang untuk percutian keluarga bagi musim cuti yang akan datang kan?

Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi di dalam negara tanpa perlu berbelanja besar seperti melancong ke luar negara. Berikut kami kongsikan lima pulau tercantik di Malaysia yang turut tersenarai dalam rangkaian berita CNN dan tersenarai dalam 100 pulau tercantik di dunia.

1. Pantai Pasir Putih
Lokasi : Pulau Dayang, Mersing, Johor.

Nama asal pantai ini adalah Pantai Pasir Panjang. Namun disebabkan terdapat banyak lagi pantai lain yang mempunyai nama yang sama, maka tercipta lah nama Pantai Pasir Putih. Selain warna pasirnya yang keputihan, pantai ini amat cantik dan sesuai untuk aktiviti beriadah seperti menyelam skuba dan bermain bola tampar.

2. Pantai Juara
Lokasi : Pulau Tioman, Pahang.

Pantai yang terletak di negeri Pahang ini merupakan salah satu daripada lokasi yang patut anda kunjungi jika ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan. Bukan sahaja suasananya yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet, dan pakej percutian dengan harga yang berbaloi.

3. Pantai Tanjung Rhu
Lokasi : Langkawi, Kedah.

Pantai ini terkenal dengan kejernihan air bagaikan kristal. Bagi anda yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Malaysia, pastikan anda berkunjung ke pulau ini dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran.

4. Pantai Perhentian Kecil
Lokasi : Pulau Perhentian, Terengganu

Tahukan anda bahawa pantai ini disenarai dalam 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN? Disebabkan itu, anda wajib berkunjung ke pantai ini untuk menikmati ”long beach” mereka di mana keadaan di sana amat meriah pada waktu malam. Pengunjung juga boleh menikmati saat matahari terbenam dan anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti ”jungle trekking” di dalam hutannya yang bersih.

5. Pantai Pulau Mabul
Lokasi : Sabah

Pulau ini sangat hampir dengan Pulau Sipadan dan terkenal dengan batu karang. Bagi anda yang berminat untuk melihat hidupan eksotik seperti sotong kurita, udang geragau dan pelbagai lagi, ini adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Sumber : thevocket.com
Foto : thevocket.com
Teks oleh : Izzat Ridzwan

Source: Pantai Tercantik Di Malaysia Yang Tersenarai Dalam 100 Pantai Tercantik Di Dunia | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img