spot_img
spot_img

Ini Rupanya 5 Fakta Tentang Orang Utara

Sumber Hanasuva.

Setiap orang pasti mempunyai citarasa dalam mencari pasangan bukan, dan adakalanya apa yang kita dapat (Jodoh) bukan seperti yang diinginkan. Yelah nama pun jodoh, rancangan Allah itu sempurna tanpa kita sedar.

Disini kami ingin kongsikan kisah menarik perkahwinannya dengan lelaki utara. Walaupun mungkin kedengaran kasar tetapi pada masa yang sama ia juga lucu.

1. Orang utara ni cakap kasar, tapi kelakar

- Advertisement -

“Bekeng. Muka Cengey.”

Orang Utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya. Kasar Tapi Kelakar!

2. Orang Utara memang cakap kasar tapi itu cara mereka

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, tiap malam aku menangis.

- Advertisement -

“Kenapa marah saya?”
“Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagi ni dari kecik lagi.”
“Tipu! Tak percaya! Bye.”

3. Bila diorang cakap je macam tengah marah

Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.

“Awat diam?”
“Entah. Saya rasa seperti dimarahi”
“Laa. Mana duk ada. Oghang dak maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok TV”

Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?

4. Jenis cakap kuat

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Tapi aku jadi sunyi bila dia tak ada dekat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.

5. Orang Utara cakap je kasar tapi baik hati & peramah

Lepas bertahun duduk sebumbung dengan orang Utara, baru la aku tahu macam-mana. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan keluar tiap kali melawak.

“Perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awk kena faham budaya kami. Kami tak marah, kami sedang bercakap.”

comments

Terkini

spot_img
spot_img