spot_img
spot_img

Adun Tungku Meninggal Dunia

spot_img

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd Suhaili Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.49 Tungku, Sabah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 petang Jumaat.

Beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles Ampang, akibat kanser hati, lapor Astro Awani.

Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang juga bertugas sebagai wakil rakyat sejak dua penggal lalu dan terlibat dalam menangani krisis Pencerobohan pengganas Sulu di kawasan beliau di Felda Sahabat Tungku pada tahun 2013.

- Advertisement -

Menurut ahli keluarga beliau, jenazah akan dituntut oleh waris malam ini.

Jenazah akan dibawa balik ke Kg Remang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Segangan.

 

- Advertisement -

Sumber: Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img