spot_img
spot_img

7 Filem Yang Paling Dinantikan Tahun 2017 

Selain filem yang sedang hangat diperkatakan seperti Beauty and The Beast, peminat filem-filem Hollywood pasti teruja dengan senarai filem lain yang akan ditayangkan dalam tahun ini.

Berikut kami kongsikan 7 filem yang akan ditayangkan di pawagam dalam tahun 2017 dan pasti membuatkan anda teruja untuk menonton.

 

Senarai 7 Filem Paling Dinantikan 2017:

 

1. The Fate of the Furious
Filem ini merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem aksi bersiri Fast and the Furious. Bagi edisi yang ke-lapan ini, ia dijadual akan ditayang di pawagam pada 14 April 2017. The Faith of the Furious ini juga merupakan edisi pertama tanpa penglibatan Paul Walker sepanjang siri filem ini dihasilkan.

2. Wonder Woman
Mungkin ramai di antara kita yang tidak sabar tentang kemunculan filem superhero dengan watak wanita ini. Filem ini dijangka akan menemui penonton di pawagam bermula 2 Jun 2017.

3. Spider-Man: Homecoming
Peminat filem Spider-Man pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem ini. Bakal ditayangkan pada 7 Julai 2017, perbezaan yang bakal ditampilkan menerusi filem ini terbaru ini adalah dari segi watak utama yang lebih muda selain turut dibintangi oleh Tom Holland dan Tony Stark.

4. Guardians of the Galaxy Vol.2
Mungkin bagi anda yang ingin bergelak tawa, ini adalah filem yang paling sesuai untuk ditonton. Dijangka menemui penonton pada 5 Mei ini, Guardians of the Galaxy Vol.2 dilakonkan oleh Chris Pratt dan Zoe Saldana.

5. Baywatch
Peminat-peminat aktor kacak Zac Efron pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan kemunculan kembali pelakon ini menerusi layar perak. Bakal ditayangkan pada 26 Mei 2017, gandingan hebat bersama The Rock juga adalah suatu yang menarik untuk ditonton.

6. Justice League
Filem ini bakal menggabungkan kesemua superhero dalam satu cerita. Filem arahan Zack Snyder ini berkisahkan tentang barisan adiwira ini bersatu demi menyelamatkan dunia. Filem ini dijadual bakal menemui penonton pada 17 November 2017.

7. Star Wars Episode VIII
Filem ini telah diarahkan oleh Rian Johnson dan bakal ditayangkan pada 15 Disember 2017. Episod terbaru Star Wars ini bakal menyaksikan sambungan pengembaraan yang epik bersama Finn, Poe, dan Luke Skywalker.

Teks oleh : Izzat Ridawan
Sumber : Cosmopolitan.com

Source: 7 Filem Yang Paling Dinantikan Tahun 2017 | Astro Gempak

comments

Terkini

spot_img
spot_img