spot_img
spot_img

Syed Saddiq Kongsikan 10 Tips Bagi Lepasan SPM

spot_img

Bersempana pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang keluar pada hari ini, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq telah berkongsi tetang pandangan dan nasihat beliau kepada adik-adik yang menerima keputusan peperiksaan mereka.

Syed Saddiq berkongsi dengan pengikutnya di Twitter tentang gambaran apa yang akan berlaku setelah menerima keputusan SPM dan apa yang boleh dilakukan oleh calon-calon yang bakal menduduki SPM untuk tahun mendatang.

Berikut kami senaraikan perkongsian berguna Syed Saddiq di Twitter beliau:

1) Keputusan SPM yang diperolehi pada hari ini merupakan hasil daripada usaha anda selama ini. Keputusan yang diperolehi adalah setimpal dengan usaha yang dilakukan sebelum ini. Jika baik, bersyukurlah dan jika sebaliknya, teruskan usaha di peringkat seterusnya.

2) Kejayaan tidak akan datang bergolek. Anda perlu terus berusaha untuk berjaya walaupun dalam waktu yang sukar!

3) Jangan terus mengalah dan sedih dengan kegagalan lampau. Sebaliknya anda perlu bangkit dan bersemangat untuk merubah nasib.

4) Akan ada orang yang membandingkan diri anda dengan kawan lain. Tapi jangan mudah putus asa dan merendah diri. Ambil itu sebagai pembakar semangat dan cabaran.

5) Kehidupan ibarat bola. Ada saat kita di atas dan ada saat kita di bawah. Cabaran sebenar adalah apabila kita ingin bangkit setelah jatuh. Manusia biasa pasti melakukan kesalahan, dan dari kesalahan itulah yang mengajar kita untuk kembali berada di atas.

6) Jika seseorang itu pandang rendah pada anda, jangan marah dan bangkit untuk buktikan bahawa mereka salah!

7) Jika ada pengalaman pahit yang kekal dalam ingatan anda, cuba bersikap positif dan terus ceria menempuh dugaan bagi mencapai impian.

8) Tapi harus ingat, apa pun keputusan yang diperolehi, andalah yang menentukannya. Sama ada untuk merubah, atau meneruskan perjuangan.

9) Buat adik-adik, inilah dunia sebenar. Hormatilah ibu bapa dan andalah yang menentukan siapa diri anda 10 tahun dari sekarang.

10) Teruskan perjuangan dan jangan sesekali berputus asa. Bayangkan impian anda akan menjadi kenyataan. Pasti kegelisahan itu bertukar menjadi sesuatu yang seronok.

Sumber : Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan
Kredit Foto : Astro Awani, Twitter @SyedSaddiq

Source: Keputusan SPM Diumum Hari Ini, 10 Tips Ini Berguna Buat Anda | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img