spot_img
spot_img

PRU14: Rafizi, Khalid Dan Tian Chua Tak Dapat Bertanding?

PRU14 akan datang mungkin akan menyaksikan tiga wakil rakyat Pakatan Harapann tidak dapat bertanding jika rayuan terhadap pensabitan mereka tidak didengari segera.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari Amanah, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR) dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR) sehingga kini masih ternanti-nanti tarikh rayuan mereka.

Free Malaysia Today melaporkan, selagi rayuan mereka tidak didengarkan, mereka tidak tahu sama ada pensabitan mereka diringankan sekaligus membolehkan mereka bertanding nanti.

- Advertisement -

 

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen selama 5 tahun jika beliau disabitkan suatu kesalahan dan dihukuman dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun atau denda RM2,000.

- Advertisement -

Mereka bertiga tidak akan dapat bertanding pada PRU14 kecuali mahkamah rayuan mengetepikan pensabitan atau mengurangkan denda kepada bawah RM2,000 dan tempoh pemenjaraan kurang daripada 1 tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Sumber: Free Malaysia Today

comments

Terkini

spot_img
spot_img