spot_img
spot_img

Kerjaya Artis Bukan Penghalang Anak Cemerlang Dalam Pelajaran – Fauzi Nawawi 

spot_img

Pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi membuktikan kerjanya sebagai seorang artis tidak menjadi penghalang untuk anaknya cemerlang dalam pelajaran.

Anak Fauzi, Hana Farisha, 18, mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 10 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hana, 18, merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisdawati.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dan bersyukur anak saya mendapat keputusan cemerlang. Perasaan saya ketika itu seperti mahu memberitahu semua orang anak saya mendapat keputusan SPM yang membanggakan.

“Saya mahu buktikan kerjaya sebagai artis bukan satu penghalang untuk saya tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan sebaiknya.

“Walaupun saya sibuk bekerja di lokasi penggambaran dan kebanyakan masa terhabis di luar, saya akan tetap memastikan saya mempunyai masa untuk anak biarpun waktu tersebut terhad,” kata Fauzi kepada Astro Gempak.

Fauzi juga mahu menangkis pandangan segelintir pihak mengenai peribadi artis yang sering dipandang negatif.

“Saya mendidik anak dengan cara tersendiri. Ada ketikanya keperibadian seorang pelakon dipandang rendah masyarakat luar. Apa yang berlaku dalam keluarga kami tak semua orang tahu.

“Susah payah mendidik anak juga orang tidak tahu, jadi jangan menghukum dan mengecilkan golongan artis. Kita hanya manusia biasa, cuma kerjaya sahaja berbeza.

“Kami tidak pernah bangga dengan populariti dan bakat kerana semua hanya pinjaman Allah. Semua orang boleh berjaya jika ada kemahuan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fauzi juga bercadang mahu memberikan hadiah kepada anaknya untuk meraikan kecemerlangannya dalam SPM.

“Saya mahu memberikan hadiah kepada Hana sebagai tanda penghargaan dia berjaya dalam SPM. Hadiah tersebut pula saya jadikan sebagai satu kejutan untuk dirinya agar menjadi pemangkin untuk dia lebih berjaya di masa akan datang,” katanya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal.

Source: Kerjaya Artis Bukan Penghalang Anak Cemerlang Dalam Pelajaran – Fauzi Nawawi | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img