Ketika musim bunga merupakan musim haiwan membiak termasuklah si burung kecil, burung madu.
US Fish and Wildlife Service (USFWS) sering menasihati dan membimbing masyarakat dunia terutama sekali rakyat Amerika Syarikat tentang penjagaan alam sekitar dan haiwan.
USFWS menjadi panduan rakyat Amerika Syarikat untuk mendapatkan tips dan bimbingan mengenai alam sekitar yang sangat bermanfaat.
Oleh itu, USFWS mengambil kesempatan ini dengan memberi peringatan kepada masyarakat awam mengenai telur burung madu yang sangat kecil dan halus.
Dalam laman Facebook, mereka mengingatkan kepada masyarakat untuk berhati-hati ketika memotong dahan pokok supaya tidak terbuang sarang dan telur burung madu.
Disebabkan saiznya yang kecil, ramai tidak menyedari telur burung ini dan seandainya dahan pokok terpotong maka akan merosakkan telur tersebut daripada menetas.
Peringatan ini dengan pantas menjadi tular sehingga 250,000 berkongsi catatan ini dan masyarakat juga lebih peka jika sedang berkebun di laman rumah mereka.
Beberapa gambar juga telah diambil oleh Kevin Campbell, bagi menunjukkan betapa kecilnya saiz telur dan sarang burung madu.
Seandainya anda terjumpa sarang dan telur ini, anda perlulah membiarkannya menetas sendiri dan dijaga oleh ibu burung madu.
Peringatan ini sangat bermanfaat untuk individu yang suka berkebun dan memiliki taman dihalaman rumah mereka.
Hal ini demikian, habitat burung madu ialah pokok-pokok atau di kawasan taman kerana mereka suka tempat yang selesa dan selamat.
Seandainya anda seseorang yang suka berkebun dan mempunyai taman di rumah, burung madu mungkin akan muncul dan membina sarang dicelah-celah pokok anda.
Sarang yang dibina merupakan gabungan sarang labah-labah, daun, dan lumut.
 Â