spot_img
spot_img

Anzalna Cuti Setahun Semata-mata Belajar Memasak Untuk Suami 

spot_img

Anzalna Cuti Setahun Semata-mata Belajar Memasak Untuk Suami

Pelakon Anzalna mengaku mulai seronok menjalani kehidupan sebagai suri rumah.Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir,29, berkata selama setahun berehat daripada berlakon dan menjalani penggambaran dia telah belajar banyak menu masakan baru untuk suaminya.”Saya kini seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Sejak berkahwin saya banyak berehat dan menjadi suri rumah sahaja.

“Masa yang ada itu saya banyak luangkan masa untuk belajar memasak. Entah kenapa sejak berkahwin ini, mood memasak itu datang secara tiba-tiba.

“Hampir setiap hari saya akan cuba resepi baru yang saya tidak pernah masak. Saya banyak belajar dari internet selain minta tunjuk ajar dari ibu saya dan juga ibu mertua.

“Selain itu, saya suka cuba memasak sendiri di rumah menu yang saya makan di restoran.

“Seronok bila suami suka makan masakan saya. Antara masakan yang saya sudah pandai masak seperti salted egg prawn, butter chicken dan banyak lagi,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Anzalna memberitahu dia masih mahu berlakon cuma dia kini cuba mengehadkannya kerana mahu meluangkan banyak masa dengan suami dan keluarga.

“Saya masih berlakon, baru-baru ini saya baru sahaja tamat penggambaran drama bersiri Arluna, 16 episod dan sekarang saya kembali berehat.

“Suami tidak menghalang saya berlakon cuma saya mahu mengehadkannya supaya saya dapat meluangkan banyak masa dengannya serta menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal terlibat dalam drama rantaian 100 episod yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Teks oleh Syafiqah Jalal

Source: Anzalna Cuti Setahun Semata-mata Belajar Memasak Untuk Suami | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img