Sebelum ini tersebarnya tentang berita bahawa Adi Putra akan menceraikan isteri pertamanya, Aida Yusof hangat diperkatakan, tetapi hari ini Adi Putra mengambil keputusan untuk menceraikan kedua-dua isterinya termasuk isteri kedua, Nor Shahida Zolkifly.
Ramai yg bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa2 hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa ( shahida ). Pada rakan media yg saya hormati saya tidak ada apa2 statement utk diberi. Dan beri penghormatan pada aida dan shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih.
Sementara itu, Adi meminta orang ramai dan pihak media tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes penceraian ini. Adi Putra berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan seorang pegawai kerajaan, Nor Shahida pada Jun lalu.
Semoga Adi Putra diberi hikmah, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Sumber dari Instagram Adi Putra