spot_img
spot_img

Tiada Rakyat Malaysia Cedera Serangan Di Luar Parlimen Britain – Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.

Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan segala perkembangan terkini jika ada.


Media asing melaporkan, seorang anggota polis ditikam, penyerang ditembak dan beberapa orang awam cedera dalam insiden yang dilabel sebagai serangan pengganas.

Perdana Menteri Britain Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen tersebut, dilaporkan selamat.

— BERNAMA

Laporan Awal Dari The New York Times

 

- Advertisement -

Source: BERNAMA – Tiada Rakyat Malaysia Cedera Serangan Di Luar Parlimen Britain – Wisma Putra

: The New York Times – Deadly Attack Near U.K. Parliament; Car Plows Victims on Westminster Bridge

- Advertisement -

comments

Terkini

spot_img
spot_img