spot_imgspot_img

Harga Siling Petrol, Diesel Diumum Secara Mingguan

 

Harga siling petrol dan diesel akan diumum secara mingguan mulai 29 Mac dan pelaksanaannya berkuatkuasa pada 30 Mac.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, harga siling tersebut akan diumumkan pada setiap Rabu dan pelaksanaan dibuat pada Khamis, lapor Astro Awani.

Hamzah berkata pengusaha stesen minyak boleh menawarkan harga diskaun dengan mendapat kelulusan KPDNKK.

 

Menurut Hamzah, mekanisme yang diguna pakai kerajaan sebelum ini adalah mengumumkan harga diesel dan petrol secara bulanan.

“Untuk menetapkan harga bulanan tersebut, kita mengambil pendekatan penetapan harga secara pengapungan terkawal.

“Proses ini dilakukan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), yang telah ditetapkan semenjak 1983,” katanya.

Sumber : Astro Awani

comments

Terkini

spot_img
spot_img