spot_img
spot_img

Dikesan Mengandungi Racun, Elak Pakai Lapan Produk Ini

spot_img

Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai agar mengelakkan membeli dan menggunakan lapan produk kosmetik.

Ini berikutan produk-produk tersebut dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik, lapor Berita Harian.

Lapan produk kosmetik tersebut ialah:

  • Moleek Day Cream
  • Adel Miracle Flawless Serum
  • Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri
  • Ndz UV Whitening (hydroquinone)
  • Snow Cream Normal
  • Snow Cream Sensitif
  • Dnars Nar Cream – Sensitif
  • Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin)
- Advertisement -

 

 

- Advertisement -

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan terlalu sensitif.

“Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, ” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img