spot_img
spot_img

Antara Oxford Atau Politik, Syed Saddiq Dalam Dilema

spot_img

Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Oxford adalah impian yang amat dinanti-nantikan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun, tawaran itu juga yang membuat beliau kini dalam dilema. Ini kerana jika beliau terima, bermakna karier politiknya mungkin terpaksa ‘direhatkan’ seketika.

Menurut laporan Malaysiakini, Syed Saddiq berkata beliau berasa sangat bersalah meninggalkan Ijazah Sarjana Dasar Awam yang dijadual bermula September depan, serentak dengan khabar angin kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14.

- Advertisement -

“Saya belum buat sebarang keputusan. Ia pasti bukan satu keputusan mudah.

“Langkah seterusnya sekarang adalah untuk cakap dengan (Pengerusi PPBM) Tun Mahathir (Mohamad) dan (Presiden PPBM) Tan Sri Muhyiddin (Yassin),” katanya.

 

- Advertisement -

Katanya, ramai yang meyakinkan beliau untuk menerima tawaran tersebut.

“Tetapi saya tak fikir mereka tahu banyak yang saya telah lalui dan telah saya korbankan untuk menyertai politik,” katanya.

“Saya betul-betul kena berfikir tentang perkara ini. Ini adalah satu tawaran yang diimpikan tetapi tahun ini juga tidak datang selalu,” katanya.
Sumber: Malaysiakini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img