spot_img
spot_img

PPBM sah sertai Pakatan Harapan, pembangkang bakal bertanding PRU14 dengan satu logo?

spot_img
Akhirnya kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam Pakatan Harapan disahkan secara rasmi oleh rakan-rakan parti pembangkang yang lain.
Keputusan tersebut diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat membabitkan pimpinan tertinggi PKR, DAP dan Amanah hari ini.
“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut,” kata mereka dalam satu kenyataan, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Satu lagi perkembangan terbaharu, Pakatan Harapan akan turut mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.
Keempat-empat parti itu juga akan berbincang dalam masa terdekat untuk merangka manifesto bersama selain membincangkan cadangan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Pakatan Harapan mewujudkan logo baru.
Cadangan tersebut dikemukakan Tun Mahathir sebelum ini bagi memudahkan pembangkang berdepan BN dalam PRU14.
Sumber: Malaysiakini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img