spot_img
spot_img

Orang penting’ mungkin suspek kes bunuh Kim Jong-Nam

spot_img
Selepas lebih sebulan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-Nam, pihak polis negara ini mengesahkan ada suspek baru.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai suspek.
Cuma satu petunjuk diberikan Khalid, iaitu suspek tersebut dipercayai merupakan ‘orang penting’.
“Saya tidak nafikan ada lagi suspek baharu dalam pembunuhan Kim Jong-Nam. Berapa ramai suspek, berada di mana, saya tidak mahu sebut. Namun kita percaya ada juga orang penting.
“Bagaimanapun, kita (PDRM) perlu dapatkan dulu empat suspek dipercayai berada di Pyongyang yang kita peroleh notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan mereka,” katanya seperti dilaporkan portal TV14.
Walaupun hubungan Malaysia dan Korea Utara agak tegang ketika ini, Khalid mengingatkan penguat kuasa Korea Utara agar membantu pihaknya menjalankan siasatan, kerana ini adalah ‘kes jenayah’.
“Saya tidak mahu campur hal politik. Ia berlaku di kawasan kami, jadi adalah tanggungjawab kami jalankan siasatan telus mengikut undang-undang Malaysia,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img