spot_img
spot_img

Jangan bimbang, coklat ‘zaman kanak-kanak’ anda ini halal dimakan

spot_img
Rasanya hampir semua orang pernah makan coklat Eyeglass With Candy ketika zaman kanak-kanak. Ala, coklat yang berwarna-warni dan dibungkus dalam paket berbentuk nombor 8 itu… mesti anda tahu kan?
Namun, baru-baru ini seorang pengguna Facebook dalam postingnya mendakwa coklat ini mengandungi unsur meragukan, iaitu dari babi.
Apabila melibatkan halal haram ini, maka ramailah yang menyebarkan dakwaan tersebut tanpa usul periksa.
Bagi menjelaskan kekeliruan itu, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri dah pun menafikan coklat Eyeglass With Candy ini mengandungi ramuan dari sumber haram.
Apa yang terjadi sebenarnya ialah timbul salah faham apabila pengguna tersebut tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera pada produk itu.
Jadi, kepada pengguna di luar sana yang suka sangat sebar dakwaan tanpa maklumat yang sahih, ini ada pesanan Jakim untuk anda:
“Jadilah pengguna bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa supaya tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah,” – Jakim.
 
Kalau rasa ragu-ragu dengan status halal mana-mana produk, semak saja di www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintarMyJakim, kan senang?
Sumber: HMetro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img