spot_img
spot_img

Caj tersembunyi, kredit selalu kena telan? Lapor segera kepada MCMC

spot_img
Caj tersembunyi oleh syarikat telekomunikasi adalah antara masalah yang kerap dialami pengguna.
Ramai yang tak pernah langgan apa-apa servis, sedar-sedar kredit dah pun kena telan.
Apabila lapor kepada syarikat telekomunikasi, sama ada tidak dilayan atau sampai ke sudah tidak ada apa-apa tindakan.
Bagi yang selalu mengalami masalah ini, anda dinasihatkan untuk segera membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Astro Awani melaporkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari sebagai berkata, MCMC mempunyai Biro Aduan Pengguna untuk pengguna berbuat demikian.
Malah,  MCMC akan mengambil tindakan kepada syarikat terbabit jika gagal membuat penyelesaian.
Johari turut meminta syarikat telekomunikasi menyemak semula dokumen perjanjian yang disediakan bagi memastikan pengguna faham terma-terma dalam kontrak sebelum tandatanganinya.
“Kadangkala perjanjian yang disediakan menggunakan huruf yang terlampau kecil dan ini menyebabkan pengguna malas nak membacanya,” kata Jailani.
Sumber Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img