spot_img
spot_img

Ahli Umno kena amal konsep tabayyun, kata Najib

spot_img
Ahli dan pemimpin Umno perlu menerapkan konsep tabayyun atau menyelidik kesahihan sesuatu maklumat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Presiden Umno berkata, sikap itu dapat mengikis sebarang fitnah yang boleh mendatangkan mudarat kepada parti serta negara.
“Dalam agama Islam juga kita diingatkan supaya selidik berita terutama yang disampaikan oleh orang fasik supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka kepada orang lain.
“Kita boleh lihat banyak contoh berita tidak benar yang dibuat pembangkang pada pilihan raya yang lalu seperti isu kilang Lynas di Kuantan dan pengundi hantu semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.
Bukan setakat itu, kata Najib lagi, sesiapa yang menjadi ahli kepada sesebuah pergerakan atau parti politik mesti mengamalkan wala’ atau kesetiaan kepada pemimpin.
“Saya ingatkan ahli dan diri sendiri supaya kembali kepada prinsip yang berpaksikan kepada agama iaitu konsep wala’ dan kesetiaan adalah satu perkara yang besar pengertiannya kepada kita semua.
“Kita juga perlu faham bahawa UMNO berada dalam persekitaran politik dinamik. Persekitaran berubah dan sentiasa terdedah kepada perubahan yang mana orang mungkin buat keputusan berdasarkan maklumat salah serta tidak tepat dan kesannya cukup besar,” katanya.
Sumber BNBBC

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img