spot_imgspot_img

PRU14 Dah Dekat Tapi Anda Masih Belum Daftar Mengundi? Apa Kata Anda Dengar Pesanan Tun M Ini

OLEH: SYEEDA ASH

Pilihan Raya Umum ke-14 atau PRU14 boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang. Malah, sudah ada tanda-tanda PRU14 semakin dekat.

 Ini jelas apabila pemimpin parti-parti politik pun sudah rajin ‘turun padang’ di sana-sini.

Namun, apa gunanya jika PRU berlangsung, tetapi rakyat tidak dapat mengundi disebabkan tiadanya kesedaran untuk mendaftar sebagai pemilih.

 Malah, mengikut data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),  terdapat lebih 4 juta rakyat yang layak, tetapi masih belum daftar mengundi!

 Ini satu angka yang merisaukan di mana kebanyakannya pula adalah dari golongan anak muda.

 Jadi, bagi anda yang sudah berusia 21 tahun ke atas, masih belum daftar sebagai pengundi dan sayangkan negara, cuba hayati kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini.

 “Negara kita ini diwarisi oleh anak muda, kalau kita tak ambil bahagian awal-awal lagi maka mereka mungkin akan mewarisi negara yang sukar untuk dimajukan,” – Tun Mahathir

https://www.facebook.com/syed.saddiq.1/videos/10154662290509794/

 

Deep kan? Apa lagi, cepat-cepatlah daftar mengundi!

Bagi yang nak tahu syarat-syarat dan cara mendaftar sebagai pengundi, klik sini.

Sumber: Facebook Syed Saddiq

comments

Terkini

spot_img
spot_img