spot_img
spot_img

Menjadi Mangsa Gangguan Sumbang, Wanita Ini Beri Nasihat Kepada Golongan Hawa Di Luar Sana

spot_img

OLEH: SYEEDA ASH

Diganggu lelaki yang mengeluarkan kata-kata dan perbuatan tidak sopan, merupakan mimpi ngeri buat semua wanita.

 Itu yang dilalui oleh seorang wanita berusia 21 tahun, Nur Dini Van Haeren ketika menaiki tren LRT di Kelana Jaya, pagi Isnin lalu, lapor MStar.

- Advertisement -

 Bagaimanapun, sang pelaku ternyata berdepan dengan mangsa yang salah apabila Nur Dini dengan berani bertindak membalas semula kelakuan itu.

 Menceritakan pengalamannya di Facebook, Nur Dini berkata pada mulanya dia menjerit kepada lelaki itu.

 “Saya kemudiannya mengambil gambarnya menggunakan telefon untuk memalukannya. Dia menutup mukanya sebelum turun di dua stesen selepas itu di Taman Paramount,” katanya.

- Advertisement -

 Hasil perkongsian beliau di Facebook itu, Rapid Rail yang juga anak syarikat Prasarana telah menjalankan pemeriksaan dan mengesan suspek.

Lelaki berusia 37 tahun itu akhirnya berjaya ditangkap dan kes telah pun disiasat.

 Susulan peristiwa itu, Nur Dini meninggalkan beberapa pesan kepada kaum wanita sekiranya berdepan kejadian seumpama itu.

 “Jerit atau lakukan sesuatu supaya orang ramai tahu apa yang berlaku.

 “Malukan lelaki itu jika terpaksa dengan mengambil gambar atau video. Pastikan pelaku sumbang itu tidak terlepas dengan apa yang telah dilakukannya,” katanya.

 

 SUMBER: MStar

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img