spot_img
spot_img

Hafiz Hamidun Tidak Kisah Kahwin Janda

Berita tentang Hafiz Hamidun bakal bergelar suami kepada pengasas produk kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnua Siti Arifah Amin pada 1 Mei ini telah pun disahkan sendiri olehnya.

Ramai yang terkeju tentang berita ini dan sekaligus mempertikaikan status Joy sebagai seorang janda. Hafiz mengatakan dia tidak kisah atas perkara itu dan bersedia untuk menjadi bapa kepada anak lelaki Joy yang telah pun berusia tiga tahun.

” Status bakal isteri saya bukannya masalah. Sebelum ini pun saya pernah membuat kenyataan tidak kisah kalau ditakdirkan berkahwin dengan janda. Rasulullah sendiri berkahwin dengan janda bernama Siti Khadijah. “

- Advertisement -

” Hubungan kami memang berlaku tanpa dirancang. Selepas empat atau lima minggu bertemu, jodoh kami nampaknya melekat. Saya sendiri memang tidak mahu berkawan lama-lama dalam sesebuah perhubungan. Kalau ia boleh dibawa ke arah perkahwinan, perhubungan seperti itulah juga yang saya inginkan. Alhamdulillah, menerusi hubungan kali ini, ia bagai dipermudahkan. “

comments

Terkini

spot_img
spot_img