spot_img
spot_img

Pagi Mat Dan Tunang, Petang Terus Nikah

spot_img

Mat Dan Selamat Bertunang

Pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan, Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan telah selamat melangsungkan ikatan pertunangan dengan seorang gadis Melayu di Kuala Terengganu hari ini.Majlis pertunangan antara Mat Dan dengan gadis yang belum diketahui identiti itu diketahui ramai selepas beberapa keping gambar majlis pertunangan mereka viral di laman sosial. Mat Dan turut ditemani oleh bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler.

Butir peribadi gadis yang menjadi suri hati Mat Dan masih belum dapat dikenalpasti. Astro Gempak mengucapkan selamat bertunang kepada Mat Dan! Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Bijok Mat Dang!! Laju betul Mat Salleh Ganu ni bagi pikatline..
Alhamdulillah, moga jodoh berkekalang hendoknyee – Dewi Tularr
Pagi Bertunang, Petang Bernikah - Mat Dan Selamat Bergelar Suami
Difahamkan, Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 28, melangsungkan pertunangan di pada waktu pagi dan terus melangsungkan majlis pernikahan di sebelah petang bersama gadis pilihan hatinya di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, semalam.Majlis pertunangan dan pernikahan pengacara rancangan travelogue Mat Dan Kaki Jalan yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Maya HD ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang datang dari Bristol, England.

Identiti gadis berbangsa Melayu yang berjaya menambat hati Mat Dan ini masih belum dapat dikenalpasti. Menurut beberapa laporan media, suri hati Mat Dan merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja sebagai seorang pramugari.

Astro Gempak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mat Dan dan pasangan!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

- Advertisement -

Source: Mat Dan Selamat Bertunang | Astro Gempak

Source: Pagi Bertunang, Petang Bernikah – Mat Dan Selamat Bergelar Suami

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img