Bakal bergelar suami isteri hujung bulan ini, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor berkongsi rasa teruja mereka di laman sosial Instagram (IG) masing-masing.
Antara yang dikongsi bersama pengikut di IG mereka ialah, foto persiapan ketika menjalankan sesi merakam gambar pra-perkahwinan dengan kapsyen seperti berikut:
“19 days to go, makin hari makin lawaaa and may Allah berkati perhubungan ini dan masjid yg bakal di bina.. kita manusia Cuma hambanya.. yg tak elok kita perbaiki #sharnaaznabila”
Menerusi entri tersebut di IG Sharnaaz, ruangan komennya dihujani ucapan tahniah dan peminat turut mendoakan hubungan pasangan sama cantik sama padan itu kekal bahagia hingga ke jannah.
Sementara itu, Noor Nabila yang juga pengusaha butik Neelofar Hijab menerusi IGnya telah berkongsi sebuah video memaparkan kad jemputan perkahwinan mereka yang mewah bertatahkan batu Swarovski.
Sharnaaz dan Noor Nabila berkenalan pada tahun 2015 dan pada Disember 2016, kakak kepada pengacara MeleTop itu dirisik aktor tampan tersebut.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Kredit foto : Instagram @noornabila, @sharnaazahmad
Source: Kahwin 31 Mac, Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Kongsi Rasa Teruja Di Instagram | Astro Gempak