spot_img
spot_img

Universiti Awam Digalak Lakukan Kolaborasi Dengan Agensi Dan Industri – Idris

spot_img

Datuk Seri Idris Jusoh – foto thesundaily.com

BESUT, 8 Mac (Bernama) — Universiti awam digalak memperluas kolaborasi dengan pelbagai agensi dan industri bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan kepakaran.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata antara usaha terbaik ialah kerjasama antara sesama universiti menerusi penyelidikan translasional yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

Katanya, sebagai permulaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menubuhkan Hab Digital dengan kerjasama Universiti Multmedia (MMU) dan beberapa syarikat industri.

- Advertisement -

Antara yang terlibat termasuk Prestariang Sdn Bhd, Head Of K-12 Talent Digital Entreprenuership (MDEC) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC).

“Kolaborasi dengan pihak industri dan agensi kerajaan atau global akan dapat melahirkan pemain global menepati permintaan semasa”, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hab Digital UniSZA di Dewan Auditorium, Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA Kampus Besut di sini hari ini.

Penyelidikan translasional merupakan penemuan daripada asas sains untuk meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan manusia.

- Advertisement -

Dalam konteks penyelidikan perubatan, translasional bertujuan untuk ‘menterjemah’ penemuan dalam penyelidikan asas ke dalam amalan perubatan serta hasil kesihatan yang bermakna.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Idris menyangkal laporan sebuah akhbar tempatan berhubung pemberhentian pensyarah di universiti awam hingga dikaitkan dengan masalah kekangan kewangan.

Katanya tuduhan seramai 6,000 pensyarah telah diberhentikan sejak tahun lalu itu tidak benar kerana berdasarkan siasatan jumlah pemberhentian tidak melebihi 2,000 orang dalam tempoh lima tahun lalu.

“Kebanyakan mereka yang diberhentikan atas beberapa faktor yang antaranya sudah mencapai umur 60 tahun dan kontraknya tidak disambung lagi selain tidak berpotensi di samping ada yang ingin berkerja dengan pihak lain,” katanya.

Beliau meminta pihak media lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak rakyat membuat pelbagai andaian hingga boleh mencemar imej kerajaan.

— BERNAMA

Source: BERNAMA – Universiti Awam Digalak Lakukan Kolaborasi Dengan Agensi Dan Industri – Idris

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img