Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Tidak mudah PAS kembali bertaut dengan PPBM atau DAP 

spot_img

Situasi menjadi begitu mustahil untuk PAS kembali bertaut dengan blok pembangkang dalam Pakatan Harapan pada PRU ke-14 akan datang. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Situasi menjadi begitu ustahil untuk PAS kembali bertaut dengan blok pembangkang dalam Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, PAS sudah terluka dengan kecurangan politik dilakukan DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan AMANAH selama berada dalam pakatan tersebut.

“Oleh sebab itu, kenyataan terbaru pemimpin tertinggi parti serpihan UMNO, PPBM yang mendakwa PAS sudah menampakkan reaksi positif  untuk bersama pakatan pembangkang terutama dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya sekadar hebahan kosong.

- Advertisement -

“Agak mustahil untuk PAS kembali rujuk, setelah sebelum ini bersengketa dengan DAP dan AMANAH pimpinan Mohamad Sabu,” tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin

BACA: PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi PRU – Muhyiddin

- Advertisement -

Katanya, hebahan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi PPBM itu hanya untuk mencari populariti dan usaha terdesak parti serpihan itu menagih simpati rakyat.

“Berdasarkan kepada maklumat semasa, rakyat terutama orang Melayu masih tidak menunjukkan sikap positif untuk menyokong PPBM sebaliknya sekadar rasa ingin tahu sejauh mana relevannya parti tersebut,” ujarnya.

Syed Ali yang Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan bagaimanapun menjelaskan, sama ada berlaku pakatan membabitkan PAS dan DAP serta PPBM tidak memberi tekanan kepada UMNO.

“Tidak, tidak ada apa kesannya kerana UMNO sudah masak dengan permainan politik pembangkang dan sebelum ini pun kita (UMNO) sudah mengharungi cabaran yang lebih getir,” tegasnya.

Dalam masa yang sama beliau menegaskan, keyakinan bahawa PAS tidak akan mudah berpatah balik untuk bersama blok pembangkang.

“Kalau dilihat kenyataan beberapa pemimpin tertinggi PAS berhubung perkara itu, adalah agak mustahil,” katanya.

Syed Ali menambah, UMNO juga sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk ancaman pembangkang pada PRU akan datang.

Menurut beliau, jentera pilihan raya UMNO dan BN berada pada tahap terbaik dan mempunyai keyakinan cukup tinggi untuk meraih kemenangan yang lebih besar.

“Kita yakin, rakyat tidak mudah untuk berpaling (menyokong pembangkang) walaupun kita nanpak ada berlaku sedikit penurunan deraf sokongan kepada BN,” jelasnya.

Mengenai kemungkinan bekas Presiden UMNO paling lama, Dr Mahathir untuk kembali semula dalam politik dengan bertanding pada PRU akan datang, beliau menjelaskan tidak ada siapa boleh menghalangnya.

“Terpulang kepada Dr Mahathir, jika dia fikir tindakan itu baik dan bersedia untuk berdepan dengan UMNO, teruskan, tiada masalah.

“Bagaimanapun, pada pendapat saya, Dr Mahathir tidak akan membiarkan dirinya menjadi alat kepada segelintir pihak yang sememangnya mahukannya untuk bertanding.

“Kadangkala ada satu pihak lebih suka melihat Dr Mahathir terus bergasak dalam politik kerana pihak berkenaan boleh mengaut keuntungan peribadi,” tegasnya.

Source: Tidak mudah PAS kembali bertaut dengan PPBM atau DAP | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img