spot_img
spot_img

Remaja 15 tahun miliki perniagaan sendiri 

spot_img

 

Ku Myra Madihah menerima maklum balas positif dari akaun media sosialnya. – Foto Bernama

PETALING JAYA: Pada usia 15 tahun, Ku Myra Madihah Ku Hasmadi sudah mempunyai perniagaan menjual herba yang ditanamnya sendiri.

Sejak memulakan syarikatnya, JustHerbs September tahun lepas, beliau sudah menjual pokok herba di dalam pasu dan polibeg pelbagai saiz bernilai RM800 dan yakin perniagaannya akan berkembang maju.

“Ramai orang melihat iklan saya di media sosial dan kebanyakan pelanggan saya berkata mereka gembira dengan produk dan tip yang saya berikan tentang penanaman herba. Saya percaya mereka akan memberitahu orang ramai mengenai saya,” katanya.

- Advertisement -

Ku Myra Madihah merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Seven Skies di Kota Damansara yang mana sukatan pelajarannya merangkumi pembangunan perniagaan.

JustHerbs merupakan projeknya di bawah program keusahawanan, bagaimanapun beliau sudah lama menanam herba sebelum bersekolah di situ kerana keluarganya gemar menanam tumbuh-tumbuhan.

“Saya mula menanam pokok sejak berumur empat tahun dengan bantuan ibu dan nenek,” kata anak kepada Ku Hasmadi Ku Mamat, 43, seorang pengawal kewangan di sebuah syarikat multinasional dan Marina Abdullah Sani, 44, seorang doktor kerajaan.

- Advertisement -

Ku Myra Madihah menawarkan 13 herba termasuk kunyit, pudina, daun limau purut, kucai Cina dan aloe vera, yang bebas racun perosak dan boleh digunakan untuk tujuan masakan dan perubatan. Setiap satunya dijual dengan harga bermula RM3 hingga RM10.

Anak sulung daripada dua beradik perempuan itu berkata beliau turut memberikan tip mengenai teknik siraman dan lokasi sesuai untuk menempatkan tanaman itu.

Beliau berharap dapat menggalakkan lebih ramai penduduk di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur untuk menanam pokok kerana langkah itu akan menjadikan alam sekitar lebih hijau.

Mata pelajaran yang diajar di Seven Skies sama seperti di sekolah lain kecuali tumpuan terhadap subjek pembangunan perniagaan. Mempelajari al-Quran juga ditekankan di sekolah yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris itu.

Ku Myra Madihah berkata program keusahawanan yang dilancarkan pada 2014 itu mengajar beliau mengenai membuat keputusan dan bagaimana untuk memasarkan produknya.

“Saya percaya pemikiran saya kini lebih matang, tetapi saya masih ada banyak lagi yang perlu dipelajari,” kata pelajar tingkatan tiga itu. Program tersebut bermula di tingkatan dua.

Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Dr Tawfique Chawdury berkata peserta program itu diajar mengenai asas perniagaan – pemerbadanan, penjenamaan, pemasaran, perakaunan – segala-galanya yang perlu diketahui dalam mengendalikan perniagaan.

“Setiap pelajar dikehendaki menubuhkan dan menjalankan perniagaan untuk sekurang-kurangnya satu tahun akademik,” katanya.

Ditanya bagaimana pencapaian Ku Myra Madihah, Dr Tawfique berkata: “Beliau merupakan seorang daripada pelajar yang berprestasi tinggi. Beliau menunjukkan ketekunan dalam pelajaran dan projek perniagaannya”.

Mereka yang berminat mendapatkan tanaman herba boleh menghubungi Ku Myra Madihah menerusi e-mel justh3rbs@gmail.com, WhatsApp di talian +60123220869, atau Telegram di JustHerbs.

— BERNAMA

Source: Remaja 15 tahun miliki perniagaan sendiri | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img